Wednesday, April 15, 2009

Kerja Kursus Elektrik Tingkatan 1 (Pilihan KT)




Murid-murid dibahagikan kepada 3 orang dalam satu kumpulan.


1st lesson: Memperkenalkan litar siri dan litar selari. Murid-murid perlu menunjukkan pemasangan litar siri dan litar selari dengan syarat tiga mentol mesti bernyala (1 waktu - 35/30 minit)
2nd lesson: Murid-murid perlu menunjukkan pemasangan voltmeter pada litar siri dan litar selari dan merekodkan bacaan voltan dari setiap beban elektrik dan voltan puncanya.
Murid-murid perlu membuat rumusan hasil daripada pemerhatiannya. (2 waktu - 1 jam 10 minit)

3rd lesson: Murid-murid perlu menunjukkan pemasangan ammeter pada litar siri dan litar selari dan
merekodkan bacaan arus dari setiap beban elektrik dan arus puncanya.Murid-murid perlu
membuat rumusan hasil daripada pemerhatiannya. (2 waktu - 1 jam 10 minit)

4th lesson: Murid-murid perlu membandingbeza antara litar siri dan litar selari. (1 waktu - 35/30 minit)

5th lesson: Memperkenalkan meter pelbagai dan menunjukkan cara penggunaannya. (1 waktu - 35/30 minit)

6th lesson: Murid-murid perlu menunjukkan penggunaan meter pelbagai dalam mengira rintangan.(2waktu)

7th lesson: Murid-murid perlu membandingbeza pergerakan mekanikal dan pergerakan elektromekanikal
serta memberi contoh alatan/mesin. (2 waktu - 1 jam 10 minit)
(Jangkamasa untuk siap: 4-6 minggu termasuk melukis, membuat rumusan dan membuat laporan
aktiviti)